SEJARAH SEKOLAH SK PADANG BERAMPAH SIPITANG SABAH
Sekolah Kebangsaan SK Padang Berampah merupakan suatu nama yang unik.Nama ini tersenarai dalam daftar sekolah-sekolah di Malaysia pada Tahun 1987.Tapak sekolah ini pada asalnya satu kawasan hutan yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah. Nama unik ini bersempena dengan kawasan Kampung Padang Berampah yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Kilang Kertas Sabah Forest Industries(SFI). Sekolah ini di bina selepas 2 tahun kilang ini beroperasi.Sekolah ini terletak 152 km daripada Ibu Negari Sabah, Bandaraya Kota Kinabalu, dan 9 km dari Pekan Sipitang. Bangunan Pertama siap di bina atas nama projek kilat pada Disember 1986 dan dibuka untuk pendaftaran kemasukan pelajar pada 12 Januari 1987.Pelajar pertama sekolah ini hanya dua orang adik-adik iaitu Wendy Bin Ukab dalam Tahun 1 dan Dondy Bin Ukab dalam Tahun 2.Sehingga bulan Mei 1987 hanya 2 orang pelajar ini menjadi pelajar sekolah ini,namun sehingga hujung tahun jumlah pelajar semakin bertambah.Guru yang bertugas ketika itu hanyalah 4 orang.Guru perintis sekolah ini dan pemangku Guru Besar pada tahun 1987 En Ibrahim Omar Ali, yang masih bertugas di sekolah ini sehingga kini. Pada Tahun 1988,pelajar sekolah ini seramai 35 orang, manakala gurunya bertambah kepada 11 orang.En Dahlan Ambun adalah Guru Besar pertama sekolah ini sehingga tahun 1995. Pada Tahun 1989, bangunan sekolah bertambah kepada dua bangunan kayu sehinggalah pada akhir 1989 kepada 3 buah bangunan, tetapi masih tidak dapat menampung bilangan pelajar seramai 520 orang. Pada tahun 1990, waktu persekolahan terpaksa dijalankan dalam dua sidang(Sessi pagi dan sessi petang),kerana kelas yang tidak mencukupi.Pada masa itu bilangan guru sekolah ini bertambah menjadi 28 orang. Sebelum Encik Dahlan Ambun bersara dalam perkhidmatannya pada tahun 1994 sekolah ini telah dinaik taraf ke Gred A.Walau bagaimana pun fizikal bangunannya masih dalam projek kilat se hingga kini. Pada tahun 1995-1998,Guru besar sekolah ini telah di terajui oleh En Abd Razak Hj Matali.Seterusnya 2 buah bangunan sekolah telah ditambah pda masa itu.Pelajar telah bertambah kepada 657 orang,32 orang guru dan 3 orang kakitangan bukan mengajar(KTBM). Pada tahun 1998, Penolong Kanan1 sekolah ini, Pn Nauyah Abdullah telah memangku jawatan Guru Besar untuk sementara hingga Tahun 1999. Pada akhir tahun 1999, En Khamis Nayan telah menerajui sekolah ini sebagai guru besar sehingga Sekarang.Pada tahun 2001 jumlah pelajar meningkat kepada 751 orang dengan tenaga pengajarnya 40 orang dan 5 orang KTBM.
|